Categories

"Throwback Merdeka 2024: Photowalk di Pulau Pinang"

“Sorakan rakyat, semangat merdeka.”
ANAS.W
Kedah, Malaysia
31 Ogos 2024, Pulau Pinang – Hari kemerdekaan bukan sekadar perayaan yang tercatat di dalam Kalender, tetapi ia adalah peluang untuk saya merakam detik- detik istimewa yang menyatukan rakyat di bumi Malaysia. Saya memilih Padang Kota Lama sebagai lokasi “photo walk” iaitu tempat tumpuan utama sambutan hari kemerdekaan di negeri ini.
 
Blog post kali ini boleh dikatakan sebagai “throwback”, mengimbas kembali detik detik yang dirakam sepanjang Hari Kemerdekaan di Pulau Pinang. Mungkin tiada susunan cerita yang teratur tetapi hanyalah secebis potongan kenangan serta beberapa tips fotografi yang mungkin berguna untuk anda yang dapat dikongsikan.

Datang Awal

Saya hadir dilokasi seawal jam 7:30 pagi dan disambut dengan cuaca hujan gerimis. Menjadi kerisauan bagi saya kerana lokasi adalah kawasan tepat menerima sinaran terbitnya mentari pagi. Cahaya pagi lebih lembut dan menarik untuk merakam imej kerana ianya memberikan impak yang dramatik kepada imej anda. Datang awal juga membuka ruang kepada anda untuk mencari “spot” strategik sebelum dipenuhi pengunjung.

Mencari Cerita Wajah

Saya tidak hanya menumpukan fokus saya untuk merakam detik detik perarakan perbarisan. Wajah penonton, peserta perbarisan, kanak-kanak, atau warga emas yang berkunjung membawa ekspresi yang natural membawa seribu satu cerita.

Mencari Perspektif

Manfaatkan masa anda untuk eksplore perspektif anda. Cuba rakam imej dari aras rendah (low angle) untuk menonjolkan suasana. Anda juga boleh bereksperimentasi dengan perspektif dari aras tinggi (high angle) pula akan memberi pandangan keseluruhan suasana.
 

Penggunaan Lensa

Saya lebih gemar menggunakan “kit lense” untuk suasana begini kerana ia lebih praktikal dan memberikan “distance range” yang saya mahukan. Sekiranya anda memiliki “crop sensor” kamera, saya mencadangkan lensa 23mm dan 35mm. Lensa “tele-zoom” adalah barisan lensa yang dicadangkan untuk merakam subjek yang jauh tanpa limitasi lokasi anda berada.

Mencari Cahaya & Bayang

Dalam istilah atau sebutan bahasa fotografi dipanggil “shadow and highlight”. Kedua dua kombinasi merupakan elemen menarik dalam komposisi anda.
Untuk “photo walk” kali ini cuaca agak mendung sepanjang acara dan cahaya matahari pagi hanya diperolehi hanya untuk beberapa momen.

Cari Momen Kecil

Dalam acara sebegini saya memilih untuk tidak berada dalam satu lokasi. Saya akan teruskan berjalan mengamati suasana termasuklah merakam suasana secara “random” terutamanya di kalangan pengunjung.

Candid

Gambar spontan akan memberikan suasana yang tulen tanpa dibuat buat. Tapi kadang kala ada juga pengunjung atau peserta yang berposing dihadapan lensa saya. Rakamlah detik bermakna untuk mereka. Mungkin ia adalah kenangan untuk dimanfaatkan oleh mereka buat generasi Merdeka seterusnya.

Penutup Kata

Bagi saya, “photo walk” kali ini bukan sekadar pulang dengan “sd card” yang penuh, tetapi pengalaman menyelami semangat rakyat. Setiap detik yang telah saya rakam adlah kisah Kemerdekaan yang kita kongsi bersama.
 
Scroll to Top