"Tahun 2025 bukan sekadar angka di dalam sebuah kalender. Ia adalah usaha untuk bangkit dari kebosanan fotografi. Namun, aku tetap bergerak dengan misi dan visi dimana telah membawa aku ke titik hari ini".
Anas.W
Awal 2025 bermula dengan azam yang besar. Ada yang menulis impian dalam buku nota, ada yang menyimpannya dalam doa. Kita melangkah dengan keyakinan, walaupun belum tahu sepenuhnya apa yang menanti di hadapan.
10 Gambar Kenangan Tahun Ini
Sepanjang tahun ini, begitu banyak momen yang dirakam – sama ada melalui kamera, atau hanya tersimpan kemas dalam ingatan. Ada usaha yang akhirnya membuahkan hasil. Ada juga yang tidak berjalan seperti dirancang, namun ianya mengajar kita tentang ketabahan dan adaptasi. Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada sokongan, kata semangat, bahu untuk bersandar, dan tawa yang membuatkan perjalanan terasa lebih bermakna. Tidak semua hari perlu dirayakan. Ada hari yang hadir untuk mendewasakan kita, mengajar kita mengenal diri sendiri dengan hati terbuka.
“Kebahagiaan tidak selalu datang dalam bentuk kejayaan. Kadang-kadang, ia hanya perlu ruang untuk berlaku”.
“Gambar ini diambil ketika aku bertugas sebagai jurugambar perkhawinan. Disaat menunggu kehadiran pengantin perempuan pulang dari butik, kelihatan kanak-kanak yang merupakan ahli keluarga bermandi manda di kolam tempat penginapan. Bagi aku sekecil kecil momen adalah memori buat keluarga ini”.
“Gambar ini pula dirakam ketika bertugas sewaktu majlis bertandang. Gambar gelagat kanak-kanak ini merupakan momen spontan yang berjaya dirakam tanpa desedari mereka. Kalau budak-budak ni tahu pasti aku akan diserbu”.
“Sewaktu bertugas sebagai jurugambar di sebuah majlis akad nikah, aku cuba lari dari SOP (standard operation procedure) untuk mendapatkan gambar selain daripada gambar formal pelanggan. Hati ini tetap ingin merakam gambar bercirikan dokumentari hitam putih memuatkan beberapa karektor yang terdiri daripada ahli keluarga di dalam satu frame”.
“Tahun ini juga aku telah berpeluang untuk merealisasikan hajat pengantin bagi merakam momen bahagia mereka menggunakan bunga api yang merupakan sesuatu yang trending dalam fotografi perkhawinan”.
“Momen spontan di jalanan. Ianya dirakam dan bukan direka”.
Imej Tambahan - Bengkel Fotografi
Imej ini dirakam sempena penyertaan dalam bengkel fotografi bersama Fujifilm Malaysia sepanjang tahun 2025 berkonsepkan Tradisional Melayu.
Gerak yang diwarisi. Di antara fokus dan disiplin.