“Perjalanan Saya Sebagai Jurugambar”
Kisah Saya
AWpictures.org
“Saya Merakam Cerita Anda”








Saya mula serius terhadap bidang fotografi sejak membeli kamera pertama hasil wang gaji berkerja di sebuah syarikat Jepun. Saya telah membeli Nikon D40 terpakai daripada Norizam Sabran, influencer fotografi pada 2009. Semangat membara terhadap bidang fotografi pada waktu itu membuatkan saya mencari dan belajar tentang teknik-teknik fotografi melalui komuniti-komuniti fotografi. Hingga hari ini, saya masih suka bereksperimen dan mempelajari perkara baru.
Thank you for reading this post, don't forget to subscribe!Bagi saya, fotografi adalah cara untuk bercerita. Saya mahu membantu anda untuk merakam kenangan berharga anda.
Saya sedia menawarkan servis fotografi yang mesra dan mudah diakses untuk keluarga, pasangan, kawan-kawan atau sebarang majlis anda.
Potret
Merakam imej personaliti anda dengan gaya profesional dan bersetail.
Event
Mengabadikan momen istimewa anda - dari majlis perkhawinan hingga ke acara korporat.
Kreatif
Sesi fotografi yang memiliki konsep untuk tampil berbeza - lokasi dan konsep unik untuk hasil luar biasa.
Siapa di Sebalik Kamera
Fotografi bermula sebagai hobi dan kini menjadi cara saya menghargai hidup. Melalui lensa, saya merakam imej keindahan dalam setiap detik kehidupan, dan itulah yang ingin saya kongsikan dengan anda.
