Pontianak di Garisan Khatulistiwa
"keseimbangan bayangan dan cahaya untuk sebuah nadi kehidupan".
“Pontianak, sebuah bandar yang berdiri megah di bawah garisan khatulistiwa, menjadi saksi kepada keseimbangan bayangan dan cahaya. Di sini, matahari tidak sekadar terbit tetapi ia berdiri tegak pada waktu tengah hari”.
Thank you for reading this post, don't forget to subscribe!
Tugu Khatulistiwa
Monumen ini dibina bagi menandakan titik tengah garisan khatulistiwa dan merupakan simbol bagi kota ini. Kehadiran aku disini tidak begitu lama kerana cuaca tengah hari yang begitu panas. Aku hanya sempat merakam video pendek untuk kenangan disini. Bagi anda yang mahukan informasi tambahan, bolehlah masuk ke dalam monumen tugu bagi mendapatkan informasi mengenai titik khatulistiwa.
Sungai Kapuas
Kota Pontianak memiliki keadaan geografi yang terdiri dari jajaran sungai yang mengalir dan merupakan 100% sumber air bagi penduduk tempatan. Sungai kapuas merupakan nadi kehidupan kota terutama dari segi transpotasi dan juga ekonomi. Suasana petang di kapuas “water front” sangat meriah untuk kunjungan keluarga beriadah di petang sehingga ke malam hari. Aku sendiri merasai dengan menikmati suasana senja dan menaiki “river cruise” disepanjang sungai Kapuas.
“Kalau sungai di Sarawak warna semacam air tebu, disini warna macam Kopi ais”.
Stuktur georgrafi disini adalah dari jenis tanah gambut yang mempengaruhi sifat air sungai kapuas. Oleh itu, kualiti air sungai yang dijadikan sumber utama kepada penduduk akan dirawat sebaiknya untuk dijadikan kegunaan harian penduduk.
Suasana Kota
Menariknya, di sini wujud banyak pekerjaan kecil yang jarang kita lihat di Malaysia. Contohnya, penjaga parking, tukang pam angin tayar tepi jalan, malah ada juga yang menawarkan perkhidmatan membasuh cermin kereta ketika berhenti di lampu isyarat. Ia menggambarkan betapa masyarakat Pontianak sangat rajin dan kreatif mencari rezeki, walau sekadar dari ruang kecil di tepi jalan.
Menjelang senja, suasana kota semakin hidup. Lampu-lampu jalan mula menyala, kedai makan di tepi jalan mula dipenuhi pelanggan. Bau kopi, gorengan panas dan deruman motosikal bercampur menjadi aroma khas Pontianak. Walaupun kesibukan tidak pernah berhenti, kota ini tetap punya ketenangan tersendiri — bukan dari sunyi, tetapi dari keteraturan di sebalik kesibukan.
Pontianak bukan kota besar seperti Jakarta atau Kuala Lumpur, namun ia punya ritma kehidupan yang cukup jujur. Segalanya sederhana, tetapi cukup untuk membuat seseorang ingin terus berjalan tanpa hala, sekadar menikmati detik demi detik di bawah langit khatulistiwa.
Disebalik Nama
Buat pertama kali aku sampai ke Kota Pontianak. Soalan pertama yang muncul — kenapa nama dia Pontianak?
Setiap tempat mesti ada cerita di sebalik nama, tapi yang ni agak menarik sebab bunyinya pun dah lain macam.
“Bagi aku, Pontianak ni kan hantu,” aku sempat bergurau sendirian sambil senyum kecil. Tapi jauh dalam hati, tetap juga tertanya-tanya — betulkah nama ni asalnya dari kisah seram, atau sekadar kebetulan saja?
Nak tahu cerita sebenar, aku dengar dua versi. Dan jujur, versi kedua tu lebih masuk akal.
Aku bayangkan suasana di satu warung kecil tepi Sungai Kapuas — angin petang meniup perlahan, bunyi air sungai beralun lembut, dua lelaki sedang berbual sambil hirup kopi panas.
Versi 1:
“Pontianak ni dulu hutan rimba,” kata seorang lelaki tua, rambutnya dah separuh uban. “Sultan Syarif Abdurrahman dulu diganggu suara-suara aneh, katanya hantu pontianak. Jadi dia tembak meriam ke arah hutan tu, dan di situlah kota ni dibuka. Nama tu kekal sampai sekarang — tanda kisah penghalau makhluk ghaib.”
Lelaki muda di depannya terus ketawa kecil, hampir tersembur kopi.
“Ah, tu cerita orang tua-tua,” katanya sambil geleng kepala.
Versi 2:
“Bagi saya, Pontianak ni bukan pasal hantu,” balas lelaki muda tu. “Nama tu asalnya dari sebutan kampung dan tanah berair di tepi Sungai Kapuas. Orang Melayu-Dayak dah lama guna nama tu. Bila sultan dirikan kerajaan, nama tu terus kekal jadi nama kota.”
Aku cuma tersenyum dengar dua cerita tu.
Sama ada dari kisah lagenda atau turun-temurun, dua-duanya tetap menarik. Apa pun, nama Pontianak ni dah jadi satu identiti — unik, misteri, tapi tetap ada nilai sejarahnya.
Bagi aku, keunikan nama ni bukan sebab kisah hantu semata-mata, tapi sebab ia dah jadi sebahagian daripada jiwa kota ni. Kota yang berdiri betul-betul di atas garisan khatulistiwa, penuh cerita, penuh warna.
Penutup
Setiap nama ada kisahnya. Ada yang lahir dari sejarah, ada juga dari cerita mulut ke mulut. Pontianak bagi aku bukan sekadar nama yang dikaitkan dengan makhluk legenda — tapi lambang kepada semangat manusia yang berani buka tanah baru dan bina kehidupan di tepi sungai yang luas ni.
Dari Sungai Kapuas sampai ke lorong kecil tengah bandar, nama “Pontianak” kekal hidup. Mungkin betul kisah tembakan meriam tu, mungkin juga asalnya dari tanah berair — tapi apa pun asalnya, nama ni dah jadi sebahagian daripada jiwa kota ni.
Dan untuk aku yang pertama kali datang ke sini, kisah di sebalik nama ni cukup buat aku rasa dekat.
Pontianak bukan sekadar cerita hantu, tapi cerita tentang kehidupan disini.